This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 6 Disember 2010

MAHA 2010

Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010

Salah satu aktiviti Zainal Bin Md Nasir ialah pergi ke MAHA 2010 yang meriah dengan koleksi ternakan lembu dan segala tentang lembu.Peluang ini diambil tgk melihat baka-baka secara dengan dekat dan untuk mencari ubat-ubatan untuk lembu En Zainal itu sendiri. Banyak juga la beli ubat2 untuk ternakan beliau dan bergambar dengan ternakan haiwan yang ada masa pameran MAHA tu..

Ada juga survey harga mesin potong rumput..Harga arrange RM3900 sampai RM9000 mahal tu budget lum ada lagi.Masa melawat tu ada juga jumpa orang jabatan haiwan segamat..Dari jauh dah kenal hahaha.Kat sini ada la sedikit sebanyak gambar yang diambil semasa di MAHA 2010














Ahad, 5 Disember 2010

Laluan pasung baru dibina

Laluan pasung ini adalah idea En Zainal sendiri dan direalisasikan oleh En Atan sebagai ketua jurutera dan dibantu oleh En Azmi,En Enal lenggok dan pekerja lain..Laluan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengambilan lembu atau penurunan lembu dari lori ke pasung. Di samping itu juga, ia memudahkan pemindahan lembu dan pemunggahan lembu dari kandang ke tempat lain..Berikut adalah kronologi pembinaan laluan pasung baru yang melibat keunggulan kejuruteraan arkitek Felda Kemelah..




Ahad, 22 November 2009

Selamat Datang ke Felda Kemelah

Assalamualaikum
Blog ini adalah untuk memaparkan projek Ternakan Zainal Md Nasir atau gelaran beliau di Felda Kemelah (enal lori) adalah salah satu usaha peneroka Felda Kemelah yang menceburi bidang ternakan lembu di ladang kelapa sawit nya sendiri dan juga beberapa kawasan lain..disekitar ladang tersebut. Beliau menggunakan teknik fencing untuk mengawal ternakan..Lembu-lembu yang dibawah ternakan Zainal Md Nasir ini adalah hasil belian dari kawan dan sumbangan pihak Felda serta Jabatan haiwan.Blog ini memaparkan ternakan beliau, teknik penjagaan dan juga aktiviti yang telah dibuat yang diusahakanya bersama rakan-rakan lain dan ahli keluarga tercinta.










Kandang dan Pasung

Kandang lembu dan Pasung adalah rancangan utama dalam Ternakan Lembu Zainal ini. Kandang ini didirikan diatas tanah rezab yang berkeluasan 70x90 yang berhampiran dengan lokasi fencing adalah untuk memudahkan pemantauan keatas semua ternakan dari anak lembu sehingga baka serta induk.Selain draipada itu kandang dan pasung ini adlah untuk memudahkan proses untuk tag,merawat,mengira,menangkap, lawatan Jabatan Haiwan dan pelawat yang ingin melihat jumpah ternakan yang ada.

Penentuan reka bentuk kandang dan pasung yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan beliau dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.Rekabentuk kandang dan pasung ini adalah lahir dari En Zainal sendiri dan juga En Atan (rakan) dan juga En Azmi(rakan) serta ahli keluarga.Kesemua idea tersebut digabung dan dilaksanakan seperti dalam paparan gambar dibawah.


INFO KANDANG:

-Keluasan 60x40

-Mula dibina 22.12.2007

-Menggunakan Tiang Konkrit sebagai sokongan

-Pembinaan melalui 2 fasa

-Fasa 1 En Zainal, Fasa 2 En Azmi

-Dibina oleh jurutera berpengalaman En Atan, En Azmi, En Enal Lenggok, En Zainal dan keluarga






Proses memasang Tiang asas konkrit (30 Batang)









Proses mengukur






Proses Memasang tiang kayu









Pasung yang hendak dibina

















Perbincangan mengenai pasung yang hendak dibina









Kerja-kerja menggerudi dinding pasung
(dari belakang: En Zainal, Aqmal.En Azmi, En Atan)







Kerja-kerja memasang skru








FASA 1 KANDANG dan PASUNG

Aktiviti keperluan Dalam Ternakan lembu

Program ini dijalankan sebulan sekali mengikut pusingan kawasan ragut ternakan (fencing). Antara aktiviti yang dibuat dalam program ini ialah:-

a) Menanda (tag)nombor pada telinga ternakan yang masig belum di tag.Proses dilakukan
sendiri mengikut prosedur Jabatan Haiwan dan Veterinar
b) Suntikan vitamin kepada ternakan yang mengalami kesusutan badan
c) Rawatan luka atau kecederaan
d) Menyemak bilangan keseluruhan ternakan






Proses tag(no) bagi ternakan












Proses tag dilakukan sendiri oleh anak En Zainal
(Aqmal)












Proses mengubati luka bagi ternakan yg tercedera