Assalamualaikum Blog ini adalah untuk memaparkan projek Ternakan Zainal Md Nasir atau gelaran beliau di Felda Kemelah (enal lori) adalah salah satu usaha peneroka Felda Kemelah yang menceburi bidang ternakan lembu di ladang kelapa sawit nya sendiri dan juga beberapa kawasan lain..disekitar ladang tersebut. Beliau menggunakan teknik fencing untuk mengawal ternakan..Lembu-lembu yang dibawah ternakan Zainal Md Nasir ini adalah hasil belian dari kawan dan sumbangan pihak Felda serta Jabatan haiwan.Blog ini memaparkan ternakan beliau, teknik penjagaan dan juga aktiviti yang telah dibuat yang diusahakanya bersama rakan-rakan lain dan ahli keluarga tercinta.
Kandang lembu dan Pasung adalah rancangan utama dalam Ternakan Lembu Zainal ini. Kandang ini didirikan diatas tanah rezab yang berkeluasan 70x90 yang berhampiran dengan lokasi fencing adalah untuk memudahkan pemantauan keatas semua ternakan dari anak lembu sehingga baka serta induk.Selain draipada itu kandang dan pasung ini adlah untuk memudahkan proses untuk tag,merawat,mengira,menangkap, lawatan Jabatan Haiwan dan pelawat yang ingin melihat jumpah ternakan yang ada.
Penentuan reka bentuk kandang dan pasung yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan beliau dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.Rekabentuk kandang dan pasung ini adalah lahir dari En Zainal sendiri dan juga En Atan (rakan) dan juga En Azmi(rakan) serta ahli keluarga.Kesemua idea tersebut digabung dan dilaksanakan seperti dalam paparan gambar dibawah.
INFO KANDANG:
-Keluasan 60x40
-Mula dibina 22.12.2007
-Menggunakan Tiang Konkrit sebagai sokongan
-Pembinaan melalui 2 fasa
-Fasa 1 En Zainal, Fasa 2 En Azmi
-Dibina oleh jurutera berpengalaman En Atan, En Azmi, En Enal Lenggok, En Zainal dan keluarga
Proses memasang Tiang asas konkrit (30 Batang)
Proses mengukur
Proses Memasang tiang kayu
Pasung yang hendak dibina
Perbincangan mengenai pasung yang hendak dibina
Kerja-kerja menggerudi dinding pasung
(dari belakang: En Zainal, Aqmal.En Azmi, En Atan)
Program ini dijalankan sebulan sekali mengikut pusingan kawasan ragut ternakan (fencing). Antara aktiviti yang dibuat dalam program ini ialah:-
a) Menanda (tag)nombor pada telinga ternakan yang masig belum di tag.Proses dilakukan sendiri mengikut prosedur Jabatan Haiwan dan Veterinar b) Suntikan vitamin kepada ternakan yang mengalami kesusutan badan c) Rawatan luka atau kecederaan d) Menyemak bilangan keseluruhan ternakan
Proses tag(no) bagi ternakan
Proses tag dilakukan sendiri oleh anak En Zainal (Aqmal)